Saturday 19 April 2014

Refleksi: Komposis

Assalamualaikum..

Pada minggu ni belajar tentang komposis gambar..

lepas belajar baru tahu cara-cara nak bagi gambar kita lebih menarik..

Antara komposisi dalam fotografi ialah:



  • Simplicity
Simplicity adalah kesederhanaan dalam menangkap suatu objek foto. Sebelum memotret sesuatu objek, kita perlu berfikir seketika objek apa yang ingin ditonjolkan dalam foto tersebut. Objek yang ingin ditonjolkan berapa di POI atau Point of Interest foto yang dihasilkan. Penentuan POI sebuah foto boleh dilakukan dengan mencari sudut yang tepat, komposisi yang sesuai dan ruang ketajaman bidang foto. Hasilnya, foto yang mempunyai POI secara tidak langsung membuat foto kita seolah-olah mempunyai bercerita atau mesej yang ingin disampaikan.


 


  • The Rule of Third
Kita meletakkan objek utama tidak pada tengah frame tetapi pada salah satu dari 1/3 bahagian sisi gambar.





=) biasanya gambar yang saya ambil mesti subjek di tengah..so lepas belajar The Rule Of Third. nak try la letak subjek di titik tepi.



  • Line
Leading line adalah garisan dalam gambar yang membawa mata ke satu titik lain di dalam gambar.
Contohnya: Pagar, jambatan, jalan, tangan semua boleh dijadikan sebagai leading line untuk memandu mata.




  • Balance
Merupakan prinsip dalam komposisi yang mengelakkan kesan berat sebelah dalam sesuatu bidang atau ruang pada foto. Terdapat 2 jenis balance iaitu balance symmetry (ruang kanan dan kiri sama berat) dan asymmetry (ruang kanan / kiri tidak sama berat tetapi diseimbangkan dengan objek lain)

Symmetry balance

Symmetry balance

asymmetry balance

  • Framing
Meletakkan sesuatu subjek dalam frame.





No comments:

Post a Comment