Saturday 19 April 2014

Refleksi: Komposis

Assalamualaikum..

Pada minggu ni belajar tentang komposis gambar..

lepas belajar baru tahu cara-cara nak bagi gambar kita lebih menarik..

Antara komposisi dalam fotografi ialah:



  • Simplicity
Simplicity adalah kesederhanaan dalam menangkap suatu objek foto. Sebelum memotret sesuatu objek, kita perlu berfikir seketika objek apa yang ingin ditonjolkan dalam foto tersebut. Objek yang ingin ditonjolkan berapa di POI atau Point of Interest foto yang dihasilkan. Penentuan POI sebuah foto boleh dilakukan dengan mencari sudut yang tepat, komposisi yang sesuai dan ruang ketajaman bidang foto. Hasilnya, foto yang mempunyai POI secara tidak langsung membuat foto kita seolah-olah mempunyai bercerita atau mesej yang ingin disampaikan.


 


  • The Rule of Third
Kita meletakkan objek utama tidak pada tengah frame tetapi pada salah satu dari 1/3 bahagian sisi gambar.





=) biasanya gambar yang saya ambil mesti subjek di tengah..so lepas belajar The Rule Of Third. nak try la letak subjek di titik tepi.



  • Line
Leading line adalah garisan dalam gambar yang membawa mata ke satu titik lain di dalam gambar.
Contohnya: Pagar, jambatan, jalan, tangan semua boleh dijadikan sebagai leading line untuk memandu mata.




  • Balance
Merupakan prinsip dalam komposisi yang mengelakkan kesan berat sebelah dalam sesuatu bidang atau ruang pada foto. Terdapat 2 jenis balance iaitu balance symmetry (ruang kanan dan kiri sama berat) dan asymmetry (ruang kanan / kiri tidak sama berat tetapi diseimbangkan dengan objek lain)

Symmetry balance

Symmetry balance

asymmetry balance

  • Framing
Meletakkan sesuatu subjek dalam frame.





TUGASAN 2: CREATIVE CAPTURE (PART 2)

Assalamualaikum..

Tugasan Part 2 :Seeing Ordinary Things In Different Way mempunyai 3 jenis projek yang berlainan iaitu:


  1. Project 1: Pick A Something
  2. Project 2: A to Z
  3. Project 3: A Day in the Life of...

Tugasan kali ini saya memilih yang pertama iaitu Project 1: Pick A Something. Sebelum itu nak cerita secara ringkas apa yang perlu dilakukan dalam tugasan ini. Sebagai juru gambar, saya perlu menangkap subjek berdasarkan tema yang ditentukan sendiri.. saya pilih tema tin minuman.. Gambar yang ditangkap di sekitar kampus UTM, skudai. Selain itu, saya menangkap gambar menggunakan kamera DSLR (Nikon D3100)-Manual Mode. 

Antara gambar yang telah ditangkap adalah seperti di bawah...

1) F&N FruitTree: Blackcurrant Aloe

f/5 | 1/6s | ISO 200 (Nikon D3100 @18mm)

f/5 | 1/6s | ISO 200 (Nikon D3100 @18mm)

f/5 | 1/5s | ISO 200 (Nikon D3100 @18mm)

2) Pearl: Kacip Fatimah

f/5.3 | 1/13s | ISO 400 (Nikon D3100 @40mm)

f/5.3 | 1/13s | ISO 400 (Nikon D3100 @40mm)

f/5.3 | 1/13s | ISO 400 (Nikon D3100 @40mm)

f/5.3 | 1/13s | ISO 400 (Nikon D3100 @40mm)


3) Nescafe Original

f/5.3 | 1/25s | ISO 400 (Nikon D3100 @40mm)

f/5.3 | 1/20s | ISO 400 (Nikon D3100 @40mm)

f/5.3 | 1/20s | ISO 400 (Nikon D3100 @40mm)

4) Pepsi

f/5.6 | 1/2s | ISO 200 (Nikon D3100 @55mm)

f/3.5 | 1/10s | ISO 200 (Nikon D3100 @50mm)

f/3.5 | 1/10s | ISO 200 (Nikon D3100 @50mm)

5) Red Bull

f/5.6 | 1/30s | ISO 100 (Nikon D3100 @55mm)

f/5.6 | 1/30s | ISO 100 (Nikon D3100 @55mm)

f/5.6 | 1/30s | ISO 100 (Nikon D3100 @18mm)

6) Yeo's Soya 


f/5.6 | 1/13s | ISO 400 (Nikon D3100 @40mm)

f/5.3 | 1/13s | ISO 400 (Nikon D3100 @40mm)

f/5.3 | 1/13s | ISO 400 (Nikon D3100 @40mm)








TUGASAN 1: ANGLES AND INTERPRETATIONS (PART 2)

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak berkongsi beberapa gambar yang ditangkap dari pelbagai sudut pandangan.


Kamera DSLR (Nikon D3100) menggunakan Manual Mode. 

Tempat: Di dalam bilik tertutup yang hanya bersumberkan cahaya dari lampu kalimantang

1) Botol Mineral dan Tin minuman 


f/5 | 1/6s | ISO 200 Nikon D3100 @38mm)


f/5 | 1/6s | ISO 200 Nikon D3100 @38mm)

f/5 | 1/6s | ISO 200 Nikon D3100 @20mm)

f/5 | 1/6s | ISO 200 Nikon D3100 @18mm)

f5 | 1/6s | ISO 200 Nikon D3100 @18mm)

f5 | 1/6s | ISO 200 Nikon D3100 @18mm)

f5 | 1/6s | ISO 200 Nikon D3100 @18mm)


2) Highlighter
f5 | 1/8s | ISO 400 (Nikon D3100 @34mm)

f5 | 1/8s | ISO 400 (Nikon D3100 @34mm)

f5 | 1/8s | ISO 400 (Nikon D3100 @34mm)

f5.6 | 1/8s | ISO 400 (Nikon D3100 @55mm)

f5.3 | 1/8s | ISO 400 Nikon D3100 @42mm)


3) Monas Jakarta 


f5 | 1/8s | ISO 400 (Nikon D3100 @22mm)


f5 | 1/15s | ISO 400 (Nikon D3100 @18mm)

f5 | 1/8s | ISO 400 (Nikon D3100 @18mm)

f5 | 1/8s | ISO 400 (Nikon D3100 @18mm)

f5 | 1/8s | ISO 400 (Nikon D3100 @18mm)

f3.5 | 1/15s | ISO 400 (Nikon D3100 @18mm)
f3.5 | 1/15s | ISO 400 (Nikon D3100 @18mm)

Soalan Tambahan

1. Apakah bahagian tugasan yang paling sukar untuk didemonstrasikan dalam gambar anda?


Pada pandangan saya bahagian tugasan yang paling sukar adalah angles and interpretation kerana saya perlu mencuba banyak kali dengan sudut pandangan yang berbeza. Untuk menangkap gambar memerlukan ketahanan kaki (kekuda) yang kuat. Saya juga perlu mencuba beberapa kali aperture dan shutter speed yang sesuai kerana menggunakan Manual Mode. Selain itu, ketiga-tiga objek ditangkap di dalam bilik tertutup yang  hanya bersumberkan cahaya dari lampu kalimantang

2. Gambar manakah yang anda fikir paling berjaya dan kenapa?


f/5.6 | 1/100s | ISO 100 Nikon D3100 @55mm), Aperture Priority (A) Mode


Pada pandangan saya gambar bunga ini berjaya kerana:
-menunjukkan komposisi Simplicity. 
-Subjek utama difokuskan dan latar belakang dipudarkan
-warna subjek utama lebih menonjol menunjukkan penegasan
-sesuai dijadikan "wallpaper" dekstop.
-gambar ini mempunyai penceritaan flora yang berkembang mekar.  

3. Bagaimanakah tugasan ini mengubah cara pandangan anda semasa mengambil gambar?

Tugasan ini banyak mengubah cara saya mengambil gambar dari segi kedudukan subjek. Sebelum ini saya menganggap sesuatu subjek mesti berada di tengah dan berada selaras dengan aras mata lebih "cantik". Saya juga menganggap subjek yang berlatar belakang kabur tidak menunjukkan kreativiti. Selain itu, saya berpendapat gambar yang gelap (under-expose) dan terlalu cerah (over-expose) hanya berkaitan dengan ISO (aperture dan shutter speed tidak terlibat). Tambahan pula, saya hanya menangkap gambar menggunakan kamera jenis point and shoot dalam AUTO mode.

Kebanyakkan pandangan saya berubah selepas didedahkan dengan konsep aperture, shutter speed, ISO, komposisi asas menggunakan kamera DSLR di dalam kelas. 

Untuk mendapatkan gambar yang lain dari pandangan biasa perlu mengikut komposisi seperti Rule of Thirds. Berdasarkan komposisi The Rule of Thirds, kedudukan objek adalah 1/3 dari keseluruhan gambar. Gambar yang berlatar belakang kabur akan memberi tumpuan kepada subjek yang ingin ditonjolkan. Tambahan pula, hasil gambar akan lebih kreatif sekiranya gambar ditangkap dari sudut pandangan berbeza iaitu dari pandangan mata cacing “worm eyes view” dan pandangan mata burung “bird eyes view”.Selain itu, Aperture, Shutter speed dan ISO mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain untuk menghasilkan gambar yang berkualiti. 


Justeru itu, peluang yang diberikan untuk menangkap gambar berdasarkan konsep  yang diperoleh dalam kelas telah menambah dan memperbetulkan konsep-konsep berkaitan gambar. Hasilnya, saya berupaya menangkap gambar yang lebih baik dari sebelumnya.